05 June 2012

Jerawat dan aku

Views
Morning....
Mengantuknya lah... 

Menguap tu tutup mulut noh..


Dah la hujan mencurah-curah....Mengulor jap...
untuk hilangkan rasa ngantuk, update blog!!! Personal blog huhu
Hari ni terasa nak buat review pasal produk jerawat lah..sebab baru sekarang ni masalah jerawat dah berkurang...

Aku memang sejak dari zaman sekolah menengah lagi ada masalah jerawat..sampai form 5..tapi masa tu tak ada la kritikal sangat.. Masuk form 6, memang agak teruk la jerawat..try guna Oxy masa tu, tapi muka kering sangat-sangat..sampai pedih dibuatnya..masalah jerawat pun tak hilang.. Masuk zaman siswi, masalah jerawat still ada tapi kurang sikit dah.. Macam-macam dah produk aku cuba..tapi tak jalan guna.. aku pernah guna fair n lovely, syahirah, olay, ponds, oxy...
Masalah jerawat aku ni berlarutan hinggalah zaman siswi...

Dah bekerja aku start guna Safi Balqis..(yang penutup biru tue). Ajaibnya jerawat makin berkurang!!!! Dalam setahun lebih juga la aku guna tu..Memang tak ada masalah..Aku just juga pencuci dgn krim kecantikannya ja. Hasilnya jerawat dah jarang nak hinggap n kulit muka pun makin cerah. Pastu roomate aku pun terberkenan nak try jugak la kononnya. Muka dia pun berjerawat. lagi teruk dari aku rasanya. awalnya dia guna Felisa..tapi tau2 ja la kan..regenya memang mahal gilos..berbanding dgn safi. So, dia pun ingat nak berjimat macam haku ler...Kami pun menapak ler ke Watson Alamanda.. Survey punya survey, dia berkenan safi yang timun...Siap beli 1 Set..Pencuci, krim kecantikan, krim siang, krim malam... Dan hasilnya selepas seminggu...nak tahu apa terjadi dengan muka dia?????

Jerawat tumbuh bagai cendawan selepas hujan!!!!! Mak ai..memang la banyak..bertambah teruk muka dia..Aku cakap, maybe sebab kulit dia terkezut kot..dari produk mahal, tetiba guna yang murah.. dia terus guna.. tapi lepas seminggu plak, masalah jerawat makin menjadi-jadi. Akhirnya dia stop, guna Felisa blk..huhu... aku rasa bersalah la plak..kecian dia...

Dah tu, masa tu memang la aku guna Safi Balqis, untuk mengelak dari pembaziran, dia bg la safi timun tu kat aku..kebetulan krim aku n pencuci muka dah nak habis. aku dengan lapang hati, terus amik...guna..hasilnya muka aku yang baru ja nak bersih macam org lain, dah naik jerawat balik!!! sama-sama teruk dengan roomate aku.. akhirnya aku minta izin dia buang terus la semua tu.. Lepas tu aku stop kejap guna apa-apa jenis krim. Cuma pencuci ja guna Safi Balqiis balik....

Sadisnya lah..Pastu awal tahun ni, Makcik aku lak rekemen guna Aiken.. Aku beli pencuci, Pelembap dgn krim anti jerawatnya.. Lepas dah hampir setgh tahun, muka aku dah bebas jerawat sekarang ni.... cuma parutnya belum hilang..Memang baguslah produk Aiken ni.. Cuma muka aku agak kering la...skrg dah hbs dah pencuci n pelembapnya tu... Kali ni nak try guna safi blk.. Semlm dah beli Safi Ranis Gold..harap-harap la jerawat x bermaharajalela dah...kecian kat kulit muka aku ni.. Baru ja nak betul-betul pulih.. Jeles ja tgk  muka org lain gebu-gebu... Bagi aku tak putih pun tak apa..janji kulit sihat...bukan berkawah macam permukaan bulan!!!!!!!!

03 June 2012

Bahan kimia berbahaya dalam shampoo

Views
Hi..
Ada tak kat sini yang tak guna shampoo untuk cuci rambut?
Hehehe..rasanya semua orang guna shampoo kan?
Aku pun tak terkecuali jgk...
Masa dalam proses untuk tukar shampoo..

aku try la search kat Mr Google...guna keyword "bahan kimia berbahaya dalam syampoo"
terjumpa la perkataan "Sodium Laureth Sulfate" (SLS)

Apa itu? SLS ni sejenis bahan kimia yang biasanya terkandung dalam shampoo yang pada asalnya bertindak untuk menghasilkan buih. Selain shampoo, ia jugak ada dalam sabun @ ubat gigi!!! Kita kan memang suka mandi guna sabun @ shampoo yang banyak buih ni kan...SLS dipercayai boleh membawa barah otak atau kanser!!! Pernah ada orang mengajukan soalan pada pengusaha shampoo di seluruh dunia...jawapannya....
"kami memang memerlukan ia untuk menghasilkan buih yang banyak"
Kata si Profesor plak, "kami masih belum menjumpai bahan kimia lain untuk menggantikan peranan bahan kimia ini"

Ala...diorang ni....asalkan laku ja kan.. Apa diorang nak kesah??

So...dah tau macam tu, aku pun pi la watson..cari shampoo yang tak ada SLS ni...cari punya la cari kan, memang hampir semua jenis shampoo yang ada kat pasaran ni ada SLS..Kiranya dah hampir 25 tahun la SLS ni bergelumang di badan aku... OMG!!!

Lastly, aku terjumpa sejenis shampoo yang tak ada SLS.. tapi ada sodium laureth sulfate (SLES) la pulak..aku ada terbaca kat forum, dia cakap SLES ni boleh dikatakan lebih selamat untuk digunakan berbanding yang ada SLS.. pening sungguh dengan nama bahan kimia ni.. lebih kurang ja...tapi tak tahu la kan.


ni la Shampoo nya..

 # Korang guna shampoo apa? Pernah tak jumpa shampoo yang tak ada SLS ni? kongsi2 la...
 

23 May 2012

Masalah rambut gugur

Views
Hi alls...

wuh lama gila x update blog ni..
Memang penuh dengan habuk dah.. (macam la ada org nak jenguk sgt blog haku nih)
tapi hada haku kesah???

huhu... Lately aku agak tension..sampai rambut gugur...

Gugur banyak macam ni laaaaaa

Tapi, nasib baik la aku ni rambut lebat..so..belum sampai yahap botak la..cuma rambut dah x selebat dulu....
tak tahu la apa puncanya..kelemumur @ stress??? Mungkin dua-dua kot..

Kelemumur ni sebab aku guna shampoo yang tak sesuai dengan kulit kepala ku..
memang aku perasan la sejak pakai shampoo sunsilk warna pink tu masalah kelemumur aku menjadi-jadi..tapi disebabkan kedegilan, aku paksa jugak guna sampai habis...sayang la nak buang.. sebab shampoo ni wangi..rambut pun licin ja...Dah tu aku siap beli sekali dengan conditioner lagik...


Suka bau shampoo ni....tapi tak sesuai lak utk ku...

Dah hbs sunsilk,,,terustukar shampoo lain...dan masalah kelemumur pun dah tak ada....
 tak tahu la sebab silap guna shampoo atau hape kan...sebab aku ada amalkan petua jugak masa masalah kelemumur tengah memuncak tu...jeng3....petuanya adalah.....(aku cari dari internet jaaa

Masa nak mandi tu, ambil dua biji limau nipis (tamak sebab nak masalah kelemumur cepat hilang)...belah dua limau tu.....ramas hingga keluar air...buat la kat atas kepala yang dah basah tu kan..buat lepas bershampoo la... buat tiap kali anda nak cuci rambat...tak tahu la untuk anda berkesan tak..but it's work for me!!!! sekarang dah tak ada kelemumur.. HAPPY3....

Pastu ada lagi..masa tu aku guna shampoo berubat jugak tau... namanya SELSUN BLUE...aku beli kat Watson ja...harga tak ingat la..around RM19++ la utk 120ml....

shampoo ni bau ubat seket
 
 Okay lah..setakat ni ja la aku nak bebel malam ni...untuk sesapa yang ada masalah yang sama...try la amalkan...GOOD LUCK!!!!!!!!

30 March 2012

Cara mengembalikan mood ceria...

Views
Hi peeps...
Sejak kebelakangan ni entah kenapa rasa mood down sesgt.. ada kwn hantarkan email nih..meh nak share dengan anda semua... agak berkesan jgk la..sebab tu ada la rasa nak update blog ni hehe..


Andai mood anda down..amalkan ini :


Tips 1: Buat apa yang Anda suka buat di masa terluang. Apa dia hobi Anda?
Setiap orang ada hobi tersendiri cuma Anda sudah lupakan hobi Anda sebab Anda sibuk mengurus kehidupan. Apabila emosi Anda down, Anda rasa tertekan, jiwa Anda tak keruan, tinggalkan dulu benda lain kemudian beralih kepada perkara yang Anda suka buat (hobi Anda) tu. Buat dengan sepenuh hati, jangan dipaksa-paksa atau dilakonkan semata-mata untuk melupakan masalah. Tanya diri Anda, “apa hobi aku?”Anda?
Mungkin Anda suka tengok movie, bersukan, suka menonton tv, suka berbual-bual, suka bermain futsal,bermain games, membaca, menulis, berFacebook. Walau apa saja yang Anda suka buat, buat saja supaya selepas itu Anda merasa ceria semula. Syaratnya, jangan layan rasa tertekan. Hobi dapat merubah fikiran Anda dari asyik memikirkan tekan, masalah dan dugaan. Anda akan dapat lihat penyelesaian kepada tekanan, masalah dan dugaan yang Anda hadapi.

Tips 2: Luahkan, ceritakan, lontarkan.
Bila Anda down, luahkan apa yang membuat Anda ‘down’. Fikir seseorang yang Anda boleh percaya, cari dia, bawa dia berbual-bual, kemudian ceritakan habis apa yang terbuku di hati Anda. Minta dia mendengar saja luahan Anda, beritahu dia supaya memberi pendapat kemduian (jika dia mahu, jika tidak, tak perlu). Luahkan semuanya, jangan simpan-simpan selebihnya. Cara ini akan membuat Anda merasa tenang.

Tips 3: Tulis, buang, lupakan.
Tulis dia atas sekeping kertas apa yang membuat Anda down, apa yang Anda geramkan, apa yang membuat Anda marah, apa yang membuat Anda tak puas hati. Tulis kesemuanya. Keronyok kertas tu pastu buang jauh-jauh. Lupakan apa yang Anda dah tulis tadi. Latih diri Anda untuk tidak mengingat lagi perkara itu. Tips ni ambil masa untuk benar-benar berkesan.


saya tak pasti sumber artikel ni sebab kawan share dgn saya menerusi email.. apapun terima kasih sgt2..
sapa tahu artikel ni dari blog mana???

Mood malas

Views
Hello Peeps...
Wah lama gilos tak update blog...
kalau rumah ni mesti dah penuh dgn sarang labah2 kan..


macam ni


Saya sendiri pon tak tahu kenapa begitu tak ada mood nak buat entry.. kekeringan idea rasanya.. tambah plak serabut dengan macam2 masalah.. rasa macam nak pecah kepala ni ha.. tension.... Lappy ada ja kat tepi katil tuh..tapi hanya mampu pandang sepi... :(

13 March 2012

Keputusan Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1

Views
13 Mac 2012-Jeng jeng jeng....
Harini keputusan utk exam penguasa kastam gred WK1-1 dah kuar tau.
Untuk sesapa yang ada pergi exam 4feb2012 haritu, dah check result blm? 
Apa keputusannya? Lulus? Gagal? 

Untuk yang belum check tu boleh la klik di SINI

amacam? cube la kongsi..


Apapun, tahniah untuk mereka yang lulus.




Kepada mereka yang tak lulus..jgn bersedih eah.


.Mungkin rezeki anda bukan disana.. Thn depan try la lagi...kot2 ada rezeki..
chowwwww

12 March 2012

Churp Churp si burung biru yang comel

Views


Hai.......sawaddy cah...


Churp Churp


Sapa kenal si burung biru diatas ni? Mesti otai-otai blogger dah kenal sangat dengan si biru ni kan. Newbie macam saya ni baru jek kenal dengan si biru ni.

Pada yang belum tahun si burung biru ni namanya Churp churp. Churp churp nih sama macam nuffnang dan merupakan iklan secara online melalui facebook , twitter , blog dan laman sosial yang lain . Kita akan dapat RM0.20-RM0.40 setiap kali orang klik iklan kita . Boleh dikatakan income kita lah walaupun hanya duduk kat rumah ! Kita boleh pilih kempen apa yang kita nak iklankan . Contoh macam kat bawah nie . korang boleh klik kalau nak tengok macam mana iklan tu

Menarik bukan? Tunggu apa lagi? Jom la daftar...Cara nak daftar senang jer.. Ikut langkah-langkah dibawah yer 



Klik di SINI

Dah klik akan keluar macam ni


Korang pilih la nak signup guna account mana..


 klik authorize with facebook 

Klik authorize with twitter . kalau tak ada just klik skip 



Isikan maklumat yang di perlukan .Pastikan korang masukkan nama sebenar
macam dalam ic korang . Jangan tick kotak purple tue jika anda beragama islam lah . sebab kalau tick , makna nya korang benarkan iklan mengenai arak dan rokok. Kalau anda bukan Islam dan nak share iklan macam tu boleh jer nak tick 


Tick i understand  , then update!  

Tahniah ! korang dah pun jadi ahli churp churp..


Kalau korang baik hati tolong saya klik link bawah ni eah..

Terima kasih tau pada yang sudi baca dan klik link yang saya bagi tu.
Kalau korang dah klik, luang kan masa tinggalkan komen dibawah entry ni.. nanti gerenti saya klik blk iklan korang. Deal?



11 March 2012

SEEFOOD-Filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia

Views
Ehem2...ada tak kat sini yang suka tengok wayang?
Saya nak recommend satu citer ni.. Best tau.. SeeFood..bukan seafood yer..
Tapi ada ke orang yang suka tengok citer kartun macam saya? hehe tua-tua dah pon masih layan citer kartun Ala sekali sekala kan.. Apa salahnya kalau kita nak sokong industri filem tempatan. Tapi citer ni memang best..


Korang tengok la.. Gambar pon dah cantik..warnanya menarik.. Untuk sesapa yang ada adik atau anak memang sesuai sangat la kan. Jalan ceritanya pon menarik. Tambahan pulak citer ni hasil anak seni tempatan tau


Untuk pengetahuan korang semua, filem ini adalah hasil karya sebuah studio animasi tersohor di Malaysia, Silver Ant dan diedar oleh Grand Brilliance.Seefood merupakan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia. Filem ini berlatar belakangkan eko-sistem kita. Nak kenal dengan watak utama?

Pup & Julius


Sinopsis

Berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia manusia, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya.



 Trailer filem SEEFOOD

Tayangan perdananya filem ini di Cannes Marche du Film pada bulan May 2011 yang lalu, SeeFood telah ditayangkan di lebih 90 negara sekeliling Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia. Pada March 8, 2012, SeeFood akan menemui penonton tempatan di 80 buah panggung!!!!!!

Saya dah tengok SEEFOOD...BEST..(mungkin sebab saya suka tengok citer kartun)
Korang dah tengok belum? Best tak? Kalau belum tengok bila nak tengok? hehe

Genap setahun Tsunami melanda Jepun

Views
hai kawan-kawan.....Selamat Pagi 


11 March 2011 negara Jepun telah dilanda Tsunami dan gempa bumi yang teruk di Jepun. Buat kita yang tak pernah merasainya mungkin rasa mcam sekejap ja kan.. Setahun dah berlalu. Tapi bagaimana pulak dengan mereka-mereka yang kehilangan orang yang tersayang semasa kejadian tersebut?

Bagi mereka yang merasai dan terjejas dengan kejadian tersebut, ia mungkin diperingati sebagai sejarah hitam dalam hidup mereka.

Mari kita imbas kembali detik-detik yang mengerikan










Semoga negara kita dijauhkan dari bencana alam yang dahsyat ni. Semua orang tahu jepun memang kerap dilanda gempa bumi. Mereka sentiasa bersedia menghadapi bencara gempa bumi tapi malang tidak berbau. Bayangkan walaupun mereka sentiasa alert dengan bencana-bencara sebegini masih tak terlepas dari diduga, bagaimana pula dengan negera yang tak pernah tahu apa itu Tsunami sebelum ini. Pasti ramai sudah sedia maklum kejadian Tsunami yang melanda Banda aceh kan? Ratusan ribu terkorban dalam kejadian Tsunami dan gempa bumi besar itu. Kita patut bersyukur sebab berada jauh dari Lingkaran Api Pasifik. Mari kita doakan buat mangsa yang terkorban...

09 March 2012

Koktel Buah-buahan

Views
Cuaca sekarang panaskan.. Kalau dapat pekena air sejuk-sejuk rasa nyaman jer tekak ni.
Harini rasa nak share satu resepi dengan kawan-kawan. Resepi ni saya amik dari kawan masa stay asrama dulu2 ni. Biasala kan.. Nama pun budak asrama, resepinya confirm-confirm la simple.


Bahan-bahan
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
ketulan ais

campurkan kesemua bahan itu.........
.tadaaaa...koktel buah sedia untuk dijamah. hehe
senang ja kan
kalau nak tambah dengan agar-agar atau buhan-buhan lain pon xda masalah.
 kalau nak manis, tambah la dengan sedikit gula yang dah dilarutkan..
 kita orang xda nak tambah gula bagai.. 
yela mana pon stay asrama kan.. cukup la setakat manis-manis buah :)
Okey...Selamat mencuba

# Cuaca tempat anda macam mana harini? Hujan? Mendung? Panas?

08 March 2012

Ribut Solar bakal melanda bumi malam ini

Views
Sapa ada tengok tv3 tadi?
ala...ada ke yang missed tgk Buletin Utama?
meh nak share something..
Berita Tv3 melaporkan bahawa ribut solar berskala besar bakal melanda bumi malam ni!!

Ribut Solar


Tapi jangan risau atau panik sebab ia hanya menjejaskan kawasan di Utara Bumi.
Negara-negara yang berada di kawasan khatulistiwa adalah selamat......
fuhhh..lega dengarnya..
Ribut solar ni hanya akan menjejaskan teknologi jer...
so jangan risau..


Malam ni tidur mimpi indah2 yer...




Sweet Dream...

Ada ke yang tak boleh tdo lepas tau berita ni? hehehe

iPad 2012

Views
Sawaddycah semua...
Semalam dah diiumumkan bahawa iPad baru bakal dikeluarkan pada 16 mac 2012!!!!!!!!!



ada ke sesapa kat sini dah ada ipad?
wah saya belum ada pun lg.. Mengidam iPad 2, ni dah kuar pulak yang baru. Bila la agaknya nak dapat iPad ni eak....

Jom kita tengok spec The New iPad ni




Ia setebal 9.4 millimeter lebih tebal berbanding 8.8 millimeter iPad 2 dengan berat 0.64 kilogram berbanding 0.6 kilogram model sebelumnya. Ia juga mmpunyai kamera 5 megapiksel di bahagian belakang tablet itu seperti kamera pada iPhone 4S.

Ciri-ciri istimewa lain bagi iPad baru ialah dictation yang membolehkan pengguna membuka aplikasi dengan hanya menggunakan arahan suara. Ia boleh diakses melalui papan kekunci sesentuh iPad selain boleh juga digunakan dengan aplikasi lain seperti mengemas kini status laman Facebook atau Twitter.

Diperkenalkan pada harga sama dengan versi sebelumnya, iPad baru itu bakal berada di pasaran di Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Perancis, Jerman, Switzerland dan Jepun bermula 16 Mac ini sebelum diedarkan ke 25 negara lain.

Hebat bukan? Sapa nak iPad 3????

Kek Kukus

Views
Sapa suka makan kek kat sini? sila angkat mouse!!! hehehe
Nak belajar cara buat kek simple? Kukus ja tau.. senang.. Tak da oven pon boleh buat hehe
Kek ni saya dapar resepi dari internet.. campur2 ja resepinya hehe. Nak minta maaf sangat kepada tuan asal resepi tu..sebab saya tak ingat laaaaa web site yang saya amik resepi :( maaf yaa..
resepi ni saya salin dalam buku jek huhu


Rainbow Butter Cake


Bahan-bahan
2 Cawan Butter (250 gm)
2 Cawan gula kastor (200gm)
6 biji telur gred A
3 cawan tepung gandum (ayak) (375gm)
1 sudu besar esen vanilla
3 Jenis pewarna

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul adunan sehingga sebati.
5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan titiskan warna kesukaan.
6. Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.
7 Kukus 45minit hingga 1 jam.

wangi dan lembut tau kek ni..
Resepi asal guna sukatan cawan..Tapi disebabkan saya TAK TAHU nak sukat guna cawan tu, saya tukarkan kepada gm semua bahan2nya hehe..

SELAMAT MENCUBA
Ada ke sesapa yang sudi nak kongsi resepi kek kukus lain pulak???



07 March 2012

Bell Nuntita

Views
Selamat petang

Cuba anda lihat gambar dibawah. Cantikkan? Kulit putih, gebu, hidung mancung, bibir mungkil dan bermata bundar. Cukup pakej sebagai sorg wanita jelita. 
Namun berapa ramai yang sangka dia sebenarnya adalah lelaki? 
Tak percaya? Jom kita tgk biodata nya...

Belle


Profile
Name: Bell Nuntita
Birth name: Nuntrita Khampriranon
Date of birth: December 20, 1983
Place of birth: Thailand
Height: -
Weight: -
Measurements: -
Horoscope: Capricorn
Profession: Singer


Masih tak percaya ya?
jom kita tgk video ni pulak


Apamacam? Terkejut? Hehe.. saya pasti ramai yang terpegun masa first time tengok video ni kan?
termasuk la saya. masa part mula-mula memang terpegun dengan suara dia. sangat merdu.. kat part tengah, terkejut bila dia boleh tukar suara jadi macho plak.. part last, saya kagum dengan dia. berbakatnya dia ni kan? Bell Nuntita ni memang popular kat Thailand sejak tahun lepas lagi selepas dia menyertai rancangan realiti TV iaitu Thailand Got Talent (TGT).

Keunikan suara dia tu melayakkan dia hingga ke peringkat akhir TGT tau. persembahan dia sepanjang TGT memang menakjubkan. korang nak tengok? Jom layan........


Masa ni semi final..


Ni video masa final TGT

Sungguhpun dia tak berjaya untuk menjadi juara, dengan bakat yang dia ada, dia dah menjadi seorang penyanyi dan pelakon tau sekarang. wah memang rezeki dia kan.


Ni trailer filem dia Bell berlakon


Ni pulak lagu dari album Bell...


Namun, kalau korang nak tahu, masa dia buat keputusan untuk menjadi seorang perempuan, dia mendapat tentangan hebat dari ayah dia. Ayah dia pulak bekas tentera. Maybe susah la kot nak terima anak dia yang dia harapkan akan menjejak ikut langkahnya, bertukar menjadi perempuan. Tapi lepas dia menyertai rancangan TGT, dan dia diterima oleh masyarakat, ayah Bell ni dah boleh terima perubahan anaknya. Wah nak berjaya mesti ada banyak halangan kan. Walaupun mungkin ada ramai2 sesama siam dah tau cerita ni, saya tetap nak post entry ni hehe..sebab mungkin ada ramai2 yang tak faham bahasa thai atau mungkin tak tahu perkembangan dunia hiburan kat Thailand. Tq sudi luangkan masa baca entry lapuk ni ya..

Kalau anda nak kenali Nong Bell ni secara lebih dekat, boleh la jenguk2 web site Bell KAT SINI atau like Facebook dia KAT SINI










06 March 2012

Siam bukan warganegara Thai

Views

Hai semua....
Sudah beberapa hari saya tak dapat nak update blog disebabkan masalah kesihatan. Setelah mengamalkan beberapa petua tradisi, akhirnya sembuh jugak demam, selsema dan batuk saya ni. entah kenapa harini terasa nak kongsi info berkaitan sejarah keturunan siam kat Malaysia ni. apa motif? Sebab saya dah penat nak menjawab soalan. Kemana saja saya pergi sama ada hospital atau nak interview. MESTI akan wujud dialog ini

Mereka : What is your name?
Saya : Orasa a/p Nusit 
Mereka : U look like Malay. Im sorry, may i know ur race?
Saya : owhhh... Im siamese.
Mereka : wow..really? ermm so u r not Malaysian? How long u have been here?
Saya : erm..IM MALAYSIAN. (jawab sambil ketap gigi, tak nampak ke resume aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)

Gambar Hiasan


Bila dah lepas dialog tu, ada pulak la yang tanya macam mana boleh tercampak kat Malaysia ni. Then ibu ayah masih kat Thai ke? hadoiiiii.. Penat tau.. So harini saya buat keputusan nak share entry berkaitan asal usul saya. Pasti ramai lagi yang tak tau kan..sekurang-kurangnya ambil tahu basic info pun dah ok.. Please alert ya kawan-kawan..Kawan-kawan yang prihatin boeh la melawati web yang saya senaraikan dibawah


selain tu, artikel dibawah dipetik dari Bharian.

SIAM atau Thai? Bukankah ia membawa maksud serupa kerana kedua-duanya berasal daripada rumpun sama iaitu di negara jiran Thailand. Adakah masyarakat Siam di negara ini pendatang yang merantau masuk ke sini kerana pelbagai sebab, sama seperti beberapa etnik lain di Malaysia?
Tidak ramai, malah mungkin tidak ada sebenarnya yang membahaskan isu ini dengan kebanyakannya mengambil jalan mudah menggelar masyarakat Siam di negara ini sebagai pendatang dari Thailand meskipun realitinya sangat berbeza.
Berapa kerat sangat masyarakat di negara ini yang merujuk kepada sejarah bagi mengkelaskan sesiapa sebagai anak tempatan atau pendatang sedangkan realitinya, masyarakat Siam di negara ini mungkin menjadi waris terawal menjejak kaki di bumi Malaysia, mungkin juga lebih lama daripada masyarakat Melayu sendiri.
Tidak boleh dinafikan kebanyakan masyarakat di negara ini, termasuk Melayu sendiri adalah penghijrah dari negara tertentu. Malah, menurut Al Tarikh Salasilah Kedah 1928 menyebut, kerajaan Kedah sejak dulu adalah berasal dari darah keturunan Parsi dengan Sultan pertamanya digelar Maharaja Derbar Raja dan Maharaja Derbar Raja II iaitu pemerintah kesembilan ditukar kepada Sultan Mudzaffar Syah selepas memeluk Islam.
Namun, dalam satu versi berlainan pula, dikatakan Sultan Mudzaffar Syah (1136 – 1179) dulu pernah digelar Phra Ong Mahawangsa, satu gelaran dalam bahasa Thai yang bermaksud Tuanku Mahawangsa. Penggunaan gelaran itu dikatakan disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa, sekali gus mewujudkan satu tanggapan bahawa masyarakat Siam sudah bertapak di Kedah sejak sekian lama.
Ia dinafikan pula Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, yang menyifatkan Hikayat Merong Mahawangsa bukan fakta sejarah untuk diterima pakai. Justeru, beliau melihat fakta berkenaan sejarah institusi diraja Kedah yang berakar dari Parsi lebih sesuai diterima.
Apapun, tidak dapat tidak, kewujudan masyarakat Siam di Kedah sebagai antara penduduk awal di negara ini tidak boleh dinafikan. Banyak sebenarnya bukti kewujudan mereka terutama di negeri bersempadanan Thailand iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Sebagai contoh, di Kedah sendiri, wujud beberapa nama tempat menggunakan bahasa Siam seperti Kodiang, Changlun, Napoh dan Jitra. Malah, banyak juga nama kampung menggunakan bahasa Siam.
Masyarakat Siam di negara ini, kebanyakannya mendiami di lima negeri itu bukanlah ramai, malah lebih sesuai dikatakan minoriti terkecil dengan keseluruhan tidak sampai 60,000 orang. Namun, mereka mempunyai sejarah tersendiri yang menjadikan mereka unik untuk didekati terutama apabila dikaitkan sebagai antara penduduk awal di sini.
Sejarah persempadanan negara membabitkan Tanah Melayu dan Thailand juga membuktikan bahawa masyarakat Siam di sini bukan pendatang. Ini kerana, sebelum 1909 lagi, masyarakat Siam sudah ada di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Persempadanan akibat Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, membolehkan semua negeri itu menjadi milik Tanah Melayu.
Ia menguatkan dakwaan masyarakat Siam di Kedah bahawa mereka bukan pendatang tetapi sudah sekian lama berada di negeri itu yang sebelumnya berada di bawah takluk Kerajaan Siam.
Sebenarnya, ada beberapa versi mengenai kewujudan masyarakat Siam di negara ini tetapi versi paling relevan ialah mengaitkan mereka dengan penduduk Siam di selatan Thailand. Ini dibuktikan dengan kebanyakan penempatan masyarakat itu berada di kawasan berhampiran sempadan Malaysia – Thailand seperti di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Sik serta di Kota Star, Kedah.
Apapun, menurut penduduk Siam yang ditemui di Kampung Kubang Chenok, Kubang Pasu, Kedah, kemasukan masyarakat Siam ke Kedah sudah berlaku sebelum negeri itu diserahkan kepada Tanah Melayu, malah mungkin lebih lama, iaitu sebelum zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah berdasarkan penggunaan nama Phra Ong Mahawangsa dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Kemasukan ke beberapa negeri di Tanah Melayu didorong oleh sifat semula jadi masyarakat itu sebagai pemugar (peneroka) yang gemar membuka penempatan baru di kawasan hutan selain mengembangkan aktiviti pertanian mereka.
Malah, menurut catatan Phraboriharn Thepdhani dalam bukunya, Phongsawadarn Chart Thai yang diterbitkan di Bangkok pada 1953, bangsa Thai sebenarnya berasal dari kawasan pergunungan Altai, Mongolia sebelum berhijrah secara besar-besaran dan penghijrahan itu turut membabitkan kawasan di Tanah Melayu, iaitu di utara Semenanjung Malaysia.
Justeru, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Charun Em, 43, tegas mempertahankan kenyataan bahawa orang Siam di Kedah bukan pendatang dari Thailand tetapi bersusur galur dengan keturunan asal dari Mongolia yang turut berpindah sehingga ke beberapa negeri utara Semenanjung Malaysia.
“Kami bukan pendatang. Kami juga tidak ramai saudara mara di Thailand kerana kami memang sudah sedia ada di sini (Kedah). Rumit sebenarnya untuk mengaitkan kewujudan kami di sini dengan sejarah orang Thai tetapi bukti sejarah mencatatkan kami memang anak jati Kedah.
“Malah, dalam Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, ada disebut bahawa orang Siam adalah salah satu daripada komuniti Melayu, sekali gus mengiktiraf orang Siam di sini sebagai anak jati Tanah Melayu. Cuma, kami tak pasti sejauh mana kami turut diiktiraf sebagai Bumiputera meskipun sering kali dikatakan kami sebahagian mereka,” katanya yang lebih selesa menggunakan masyarakat Thai berbanding Siam, selepas merujuk kepada sejarah tamadun masyarakat itu di China.
Mengupas lanjut mengenai sejarah dan latar belakang mereka, nyata banyak sekali kupasan menjurus kepada keunikan masyarakat minoriti itu. Justeru, kunjungan Berita Harian ke Kubang Chenok untuk mendekati dan melihat sendiri cara hidup serta latar belakang mereka menemui lebih banyak misteri dalam kehidupan mereka.
Sejarah sebagai peneroka jelas mempengaruhi gaya hidup mereka sehingga kini kerana dikatakan majoriti masyarakat itu masih menjadi petani, dengan sebahagian kecil menceburi bidang profesional tetapi sangat sukar menemui orang Siam yang berjaya dalam bidang perniagaan.
Sejarah sebagai peneroka itu juga jelas dapat dilihat sehingga kini kerana kebanyakan perkampungan orang Siam adalah di sekitar kawasan berhampiran hutan. Kerana itu jugalah, penempatan mereka terperosok di ceruk pedalaman. Sukar untuk mengatakan mereka adalah kumpulan penduduk awal di Kedah tetapi pengaruh masyarakat itu amat kuat di Kedah.
Selain nama kawasan yang menggunakan bahasa Siam, boleh dikatakan ramai juga orang Melayu di Kedah yang mahir berbahasa Siam. Malah, ada juga perkampungan dikategorikan sebagai kampung Melayu Siam kerana keupayaan mereka menggunakan bahasa Siam sepenuhnya dalam perbualan harian.
Merujuk kepada sejarah juga menunjukkan yang pengaruh Hindu – Buddha menguasai kebanyakan negeri di Tanah Melayu sebelum kemasukan Islam. Justeru, tidak dapat tidak, ia turut mempengaruhi kehidupan orang Siam yang masih kuat mengamalkan kepercayaan kepada dukun dan bomoh yang sama sekali bukan ajaran Buddha.
Malah, masih banyak bomoh Siam boleh ditemui di semua kampung Siam. Misalnya, di Kubang Chenok saja, ada tiga bomoh yang masih aktif menjalankan aktiviti perubatan mistik dengan kebanyakannya hebat dalam ilmu pengasih.
Berbalik kepada isu Thai atau Siam, ia terus menjadi tanda tanya kerana kedua-duanya disokong oleh bukti tersendiri. Ada yang mengatakan Siam adalah sebuah negara manakala Thai adalah bangsa.
Loghat berbeza dengan penduduk Thai
SEBUT saja Kubang Pasu, pasti ramai yang mengaitkannya sebagai daerah terakhir di Kedah sebelum sampai ke sempadan Thailand iaitu di Bukit Kayu Hitam. Tidak ada laluan lain ke sempadan itu selain melalui Kubang Pasu, sekali gus menjadikannya sebagai antara daerah paling sibuk setiap kali musim cuti.
Apa tidaknya, ketika itulah ramai rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan berkunjung ke Selatan Thailand, sama ada sekadar ke Danok atau terus ke Haadyai untuk membeli-belah dan tak kurang juga untuk berhibur. Siapa yang tidak tahu mengenai dua lokasi itu sebagai lokasi hiburan popular orang Malaysia.
Pergi saja ke situ, pasti akan terserempak dengan rakan senegara, sama ada di kedai makan, pusat hiburan atau di jalan raya.
Namun, paling utama ialah dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, pasti tidak ramai yang perasan mereka akan melalui Napoh iaitu satu pekan kecil sebelum Changlun, lebih kurang 15 kilometer dari pintu masuk ke Thailand. Di situlah, antara lokasi paling ramai masyarakat Siam berada iaitu antara Napoh menghala ke Padang Sera.
Malah, di Napoh saja, sudah terasa bahang masyarakat Siam kerana sepanjang perjalanan ke Padang Sera, singgahlah di mana kedai makan atau runcit, jelas bahasa Siam mendominasi perbualan mereka, tak kira sesama orang Siam atau dengan orang Melayu.
Nyata, pengaruh Siam masih kuat menguasai kawasan itu meskipun penyerahan Kedah kepada British dari Kerajaan Siam sudah berlaku hampir 100 tahun dulu.
Napoh ke Padang Sera berjarak 10 kilometer dan di pertengahan jalan itulah letaknya Kampung Kubang Chenok iaitu penempatan masyarakat Siam terbesar di situ. Dikatakan ia tidak seramai masyarakat Siam di Pendang tetapi ada kemungkinan mereka adalah penduduk Siam terawal yang mendirikan perkampungan sejak ratusan tahun dulu.
Ketua Kampungnya, Nuam Din Tiong, 74, turut diangkat sebagai Ketua UMNO Cawangan sekali gus membuktikan masyarakat Siam diterima sebagai satu daripada komuniti Melayu di situ. Malah, difahamkan, di Kedah, mereka dianggap sebagai Bumiputera meskipun tidak menikmati hak Bumiputera seperti orang Melayu.
Sukar sekali membezakan mereka dengan orang Melayu, apatah lagi kebanyakan mereka fasih dan tidak pelat berbahasa Melayu. Pakaian mereka yang sama dengan orang Melayu sekali lagi menambah kerumitan itu. Raut wajah mereka juga tak ubah seperti orang Melayu.
“Orang Siam seperti berada di tengah-tengah antara Cina dan Melayu. Kami boleh tinggal dan makan bersama orang Melayu dan tidak pula ada masalah bercampur dengan orang Cina. Tidak pernah timbul rasa tidak selesa jika kami bercampur dengan sesiapa saja. Malah, kepercayaan kami yang ada dipengaruhi pengaruh Hindu dan Buddha memudahkan lagi pergaulan kami dengan sesiapa saja,” cerita Nuam ketika ditemui di rumahnya di Kubang Chenok.
Namun, jika diamati, pertuturan orang Siam di Kedah ada kelainannya dengan orang Siam di Thailand. Mereka ada loghat mereka tersendiri dan kebanyakannya sama dengan orang Melayu yang berbahasa Siam.
Apapun, keunikan masyarakat Siam di Kubang Chenok bukan setakat itu saja kerana banyak lagi berkaitan budaya dan cara hidup untuk diceritakan. Kemesraan dan keramahan mereka juga menunjukkan mereka begitu selesa dengan sesiapa saja

03 March 2012

Fotografi

Views

Hi...Salam 1 Malaysia semua :)
Entry kali ni nak citer berkaitan minat aku.
Aku memang minat @ mengidam untuk memiliki sebuah kamera jenis DSLR ni,..
Sejak tahun 2009 lagi. Tapi apa kan daya.. masa tu aku masih seorg mahasiswi yang tak berkemampuan untuk memiliki barang semahal itu :(
DSLR camera ni bukan la murah.. ribu-riban harganya.
Tapi akhirnya aku berjaya memiliki sebuah DSLR camera ni setelah setahun bekerja :)
Canon 550D ja.. Utk beginner. Lagipun rasanya tak perlu nak beli yang mahal2 kan..sebabnya aku hanya minat nak amik gambar. Bukan nak jadi professional photographer pun.
Survey punya survey, aku terberkenan dengan Canon 550D ni.




CANON EOS 550D




Sebelum aku ada camera ni, aku just snap guna camera handphone ja.
Nak tengok hasilnya?



Gambar ni aku snap guna Sony Ericsson w580i ja (2mp)



Jalan menuju ke Tempat rekreasi Bukit Perak, Pendang, Kedah


On The Way to Bukit Perak


Tujuan aku snap tu sesaja ja.
Pantang jumpa view menarik mesti nak snap. tak kisah la samada guna camera handphone @ digital camera. sebenarnya aku suka snap gmbr nature. Sebabnya? entah la.. aku suka tgk alam sebenarnya. Kalau nak snap gmbr org, takut gambar tak cantik....nanti byk plak komplain. Snap gamabar nature la sure dia tak komen apa2 hehe.

OK jom tgk aku snap guna camera handphone 5MP pulak


Taman Botani, Putrajaya



Padang Sera Kedah
Cyberjaya 

Seterusnya jom layan gambar yang aku snap guna DSRL Camera....



Mengkuan Dam
Mengkuan Dam
Taman Botani, Putrajaya
Taman Botani, Putrajaya
Sebenarnya semua aku snap tu tak ada ilmu langsung pun tentang fotografi ni.
Ada jugak la baca nota2 berkaitan fotografi ni. Tapi susah nak ingat la....
so aku snap ikut suka ja la..perbezaan antara ketiga2 jenis kamera yang aku guna ni, 2Mp camera ni blh la setakat nak merakam gambar yang menarik.. tapi gambarnya tak sharp. byk noise. Tapi blh ja nak simpan sebagai kenangan. Kalau guna 5Mp camera plak, gambar cantik jugak la..cuma Tak leh la nak buat gambar bokeh (blur). Manakala guna DSRL (18Mp) plak, semua ada..cuma kreativiti ja. Aku plg suka gambar last tu.. bokehnya sgt kaw :)




02 March 2012

Bahayanya Ubat

Views
Hi semua..
Harini terasa kembali bersemangat sebab demam dah nyah dari bahan/ Happy tak terkata la kan.
Tapi selsema dan batuk pula menjadi tetamu yang tak pernah diundang. Pasti ada orang yang beranggapan "ape la minah ni, tak sihat pergi je la klinik!!!'"

Opsss..for your information (mata biru sekejap), saya ni manusia yang alergi pada PARACETAMOL dan PONSTAN. Okey? Tak tahu apa itu paracetamol? Ok biar saya tolong jelaskan... 

Paracetamol ada sejenis ubat tahan sakit yang yang paling popular diseluruh dunia. Paracetamol ni sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, mengurangkan sakit gigi, sakit pinggang dan lain2. Paracetamol yang paling popuar di Malaysia ni, ialah PANADOL. Oleh kerana panadol mengandungi paracetamol, saya tak dapat la nak ambil panadol masa demam atau sakit tu.. 

If degil, nak makan jugak, muka saya ibarat ikan buntal la jawabnya..Bengkak wooo.. Pernah dikejarkan ke PPUM akibat panadol. Pelik jugak sebelum ni masa kecil2 pon pernah makan panadol ni.. tapi bila dah besar tak tahu kenapa alergi pulak.

Walau bagaimanapun, mungkin ada hikmat disebalik semua ni. Sebabnya, semalam saya demam teruk, tapi tau nak buat macam mana try la search petua2 nak legakan demam. memang jumpa banyak sangat petua tradisional ni. 

Stay jauh dari keluarga mengajar saya hidup berdikari. Yela, kalau stay kat kampung dangan mak ayah, bila demam mesti mak cari ubat akar kayu. Pernah demam masa kat kampung, mak cari akar rumput apa ntah...rebusan air tu, memang sangat mujarah, sehari ja demam dah pulih. Tapi lupa nak tanya la apa nama rumput tu. Maybe sini susah nak cari. 

OK la berbalik ke topik asal, semalam masa tengah buat research kat internet terjumpa 1 artikel dari Selangor2u yang menyatakan PANADOL menjadi punca KANSER DARAH!!!! OMG.. rasanya saya tak perlula nak terang panjang lebar..just klik DISINI untuk maklumat lanjut.

01 March 2012

Demam dan Mee segera

Views
Salam 1 Malaysia uollsss..
Apakhabar anda semua?



 
Harini cheq tak sihat.. :( sangat sadis..
Demam + sakit tekak + selesema + kerap bersin = sangat tidak selesa.
Badan pun rasa sejuk sangat2.. Tapi masih nak update blog..
sebab.............................................boring tak tahu nak buat apa kan. 
Maklumla..cheq MC harini.
Disebabkan cheq ni tinggal menyewa..
dan sememangnya tidak begitu rapat dengan housemate,
terpaksa la cheq menjaga diri sendiri. Tak macam kat kampung..ada mak tolong masak.
Sedihnya bila tinggal jauh dengan keluarga..apatah lagi seorang diri di sini kan..
Bila sakit macam ni akan kurang berselera la nak makan. Apatah lagi nak masak. 
Kawan cheq nasihatkan cheq masak sesuatu yang pedas dan panas..
Sebabnya benda macam ni boleh buat badan kita cepat berpeluh.
Skodeng punya skodeng cheq hanya jumpa mee segera dalam stok cheq.



Teringat pesanan mak, mak cakap kalau demam jangan makan makanan jenis mee.
Tapi disebabkan perut yang terlalu lapar dan takut gastrik, cheq langgar pesanan mak.
Makkkk..maaf kan cheq.
Mujur lah ada stok MaMee kari extra pedas. Itu je la yang menjadi habuan makan tengah hari.
Tapi sayangnya, badan cheq masih tak berpeluh walau pun makan mee yang pedas kaw2 punya.
Huh..degil macam tuannya.
Disebabkan badan rasa sejuk terlampau..
cheq pakai t-shirt, sweater, tracksuit + kain batik. Siap dengan selimut dua lapis..wah memang tebal giler la kan. Baru la berpeluh. 
Dah berpeluh tu rasa lega la sikit. tapi demam belum kebah..sakit tekak dan selesema belum hilang. Masalah betul bila cheq tak sihat macam ni. Tak ada gunanya kalau cheq pergi klinik pon. Cheq alergi paracetamol..


sebelum ni Doctor hanya nasihatkan cheq, kalau demam, minum air banyak2. tu ja ubatnya :(
sebabnya cheq tak macam orang lain. Panadol pon xleh sebab ada paracetamolkan?
telan air bergelen2 je la ubatnya. sedihnya...
Ok lah..sampai disini dulu..badan rasa sejuk plak dah.
#nak tdo..tangan atas dahi, mata keatas.. :(

Khasiat buah Kerdas

Views

Hai uolss....
Harini cheq nak post entry berkaitan makanan lagi.
Ada ke sesapa kat sini tak kenal buah kerdas (org kedah panggil GENUAK).
woooooo sedap tau buah ni.
Mungkin ada yang tak kenal. almaklumlah,  Stay kat bandar kosmopolitan kan. 
Mananya nak kenal buah kegemaran orang kampung hihi. Okaylah. Kalau nak tau buah kerdas ni adik beradik buah anggur, sedap dimakan bila sejuk2..hehe
agaknya nak kena penampo kot..


 ni la buah kerdas a.k.a buah genuak..


Actually, buah kerdas atau nama saintifiknya Pithecellobium bubalinum ni sering dijadikan pembuka selera yang dimakan bersama nasi. 
Buah ni memang sedap untuk dibuat ulam. 
Rasanya  lemak dan manis boleh membangkitkan selera semasa makan. 
Tapi awas!!!!!!!!!!! bau buah kerdas ni tersangat lah kuat dan sukar disembunyikan.tapi ada jugak yang suka memeram biji kerdas ni di dalam timbunan pasir atau habuk kayu untuk beberapa hari agar dapat bau yang lebih menusuk kalbu. selain itu, biji buah kerdas yang ditimbus dalam pasir jugak, boleh tahan lama serta tidak layu. Menurut orang tua-tua, buah kerdas ni dapat membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing, menjauhkan diri dari penyakit kencing manis dan yg paling penting...jeng2..awet muda :)
so, kepada mereka2 yang belum pernah makan buah ni,
silalah cuba
"don't judge Kerdas by it's smell" hehe
k.bai



29 February 2012

Hasil berkarate di dapur

Views
Harini nak share masakan kegemaran saya..
saya memang sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat makan ikan...especially siakap, kerapu, keli..
Harini saya nak share satu resepi dulu..resepi ni mak saya suka masak kat rumah..

Ikan Kerapu Masak Taucu














Bahan :
Dua ekor ikan kerapu
dua sudu makan taucu (sebolehnya basuh dulu taucu tu ya..sebab nanti terlampau masin plak...)
air-setgh cawan
gula secukup rasa
2 sudu minyak masak


Bahan sos (ditumbuk)
5 tangkai cili hijau (boleh tambah kalu suka pedas)
1 tangkai cili besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
(kalau yang kurang rajin nak tumbuk semua bahan2 ni, boleh ja dihiris halus semua bahan2 sos ni) saya suka tumbuk sebab kurang gemar mkn bawnag putih n halia..so kalau tumbuk, tak ada pilihan kan..semua kena telan hehe ...


Cara-caranya

1. goreng ikan kerapu hingga masak (jangan terlalu garing)
2. Tumiskan bahan sos dan taucu sehingga naik bau lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan setengah cawan air dan tumis lagi hingga air mendidih.Masukkan gula secukup rasa ya. Garam tak perlu letak dah sebab taucu tu dah masin..saya selalu basuh dulu taucu n tapis guna penapis santan tu.. nak kurangkan masin taucu...
4. Selepas tu masukkan ikan yg dah digoreng tadi.
5. Kacau2 sikit dan bila sos dah agak rata pada ikan, boleh angkat dan hidangkan (boleh taburkan dgn daun sup untuk bau yang menyelerakan)

SELAMAT MENCUBA :


yummy2

Tension? Jom gelak bersama saya

Views


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu. ...ooh palmolive 

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis. ..yang ada pulut hantaran meminang 

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri