29 February 2012

Hasil berkarate di dapur

Views
Harini nak share masakan kegemaran saya..
saya memang sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat makan ikan...especially siakap, kerapu, keli..
Harini saya nak share satu resepi dulu..resepi ni mak saya suka masak kat rumah..

Ikan Kerapu Masak Taucu














Bahan :
Dua ekor ikan kerapu
dua sudu makan taucu (sebolehnya basuh dulu taucu tu ya..sebab nanti terlampau masin plak...)
air-setgh cawan
gula secukup rasa
2 sudu minyak masak


Bahan sos (ditumbuk)
5 tangkai cili hijau (boleh tambah kalu suka pedas)
1 tangkai cili besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
(kalau yang kurang rajin nak tumbuk semua bahan2 ni, boleh ja dihiris halus semua bahan2 sos ni) saya suka tumbuk sebab kurang gemar mkn bawnag putih n halia..so kalau tumbuk, tak ada pilihan kan..semua kena telan hehe ...


Cara-caranya

1. goreng ikan kerapu hingga masak (jangan terlalu garing)
2. Tumiskan bahan sos dan taucu sehingga naik bau lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan setengah cawan air dan tumis lagi hingga air mendidih.Masukkan gula secukup rasa ya. Garam tak perlu letak dah sebab taucu tu dah masin..saya selalu basuh dulu taucu n tapis guna penapis santan tu.. nak kurangkan masin taucu...
4. Selepas tu masukkan ikan yg dah digoreng tadi.
5. Kacau2 sikit dan bila sos dah agak rata pada ikan, boleh angkat dan hidangkan (boleh taburkan dgn daun sup untuk bau yang menyelerakan)

SELAMAT MENCUBA :


yummy2

Tension? Jom gelak bersama saya

Views


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu. ...ooh palmolive 

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis. ..yang ada pulut hantaran meminang 

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

28 February 2012

Peribahasa Baru

Views
 Hai...tgh aku rajin check balik email lama..terjumpa la email yang kawan forward 5 tahun lepas..
Jemputlah baca yer...peribahasa zaman moden :)






Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia
hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia
gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan
Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak
bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi
Mat Salleh plak... be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg
muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang...check
betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah
ke..tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya: maknernyer . . .

maknernyer................

maknernya.................


Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC......


Pergi lah buat kerja!!!!!

27 February 2012

Katak dibawah tempurung ker?

Views
Fuhh....lama giler aku tak membebel kat sini..
al maklumlah.. tau tau nak post apa sebenarnya hihi
tapi harini ada topik hangat sikit nak diluahkan..
Kita selalu disuapkan dengan pepatah
"seperti katak dibawah tempurung" kan?


 ni ha kalau sapa yang tak pernah nampak 
katak dibawah tempurung kikiki


haaaa...... harini aku nk wat pepatah sendiri
zaman serba moden ni mana la nak cari tempurung lagi kan
katak zaman ni duk dibawah gelas kaca daaa..




Ini Katak dibawah gelas kaca


ada it, fb, twitter bagai kan..
dia nampak apa yang berlaku la..
cuma mungkin tak diberi peluang atau tak bernai nak bersuara
entah pape kan..sekali sekala nak membebel
kasi chance la beb...
ok la...wa chaw dulu..

### apa pun, tq PM DS Najib coz sudi datang melawat kg aku, Kampung Titi Akar :)