30 January 2012

Penguasa Kastam

Views




4 Feb 2012 nanti ada peperiksan Penguasa Kastam. Anda berjaya? melepasi syarat? Cuba semak....klik jer kat SINI... 
Kalau anda terlibat, silalah bersedia ya :)... Semakin susah nak masuk sektor gov sekarang kan..
banyak tapisan...
ada tiga peringkat tapisan tau nak jadi Penguasa Kastam..iaitu Peperiksaan bertulis, Assessment center (fizikal) then final step ialah interview...banyak songgeh kan? hehe
sesaja ja nak tulis entry ni sebab tgh cari info utk someone...godek punya godek jmpa banyak gak info..yang mungkin berguna kepada mereka yang terlibat...semuanya saya kumpulkan sekali..mana tau kot2 ada yang malas nk refer banyak2 web kan...


okeh...jom kita tengok panduan untuk exam nanti...

Panduan ni saya dapat dari tipsptd...thanks for sharing :)

Apa yang anda perlu tahu???
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan
Bagaimana pula dengan persediaan untuk peperiksaan Penguasa Kastam ini? Persediaan yang sama seperti peperiksaan bertulis yang lain dengan format yang tidak jauh bezanya. Ianya merangkumi;
  • Pengetahuan Am
  • Daya menyelesaikan masalah
  • Esei Bahasa Melayu
  • Esei Bahasa Inggeris

Okeh, jom kita tgk contoh soalannya plak...yang disumbangkan oleh www.index.my

Panduan Memasuki Peperiksaan Penguasa Kastam
1. Di hari peperiksaan  calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut :
i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan;,
ii. Kad Pengenalan;
iii. Pensil 2B atau BB, pen dan Pemadam lembut; dan
iv.Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.
2. Calon-calon mestilah berada di pusat peperiksaan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.
3. Calon-calon mestilah mematuhi arahan Ketua Pengawas.
4. Calon-calon tidak dibenarkan bercakap atau cuba berhubung dengan lain-lain calon semasa peperiksaan sedang berjalan. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
5. Calon-calon hanya boleh meninggalkan dewan peperiksaan selepas tiga (30) minit masa peperiksaan dimulakan
6. Semua jawapan hendaklah dibuat dalam kertas jawapan yang disediakan iaitu :
i. Kertas OMR – bagi soalan-soalan dalam seksyen A, B dan C.
ii. Kertas tulis SPA – bagi soalan-soalan esei dalam seksyen D dan E.
7. No. Kad pengenalan yang dicatat pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

Contoh Soalan
1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :
A. Penubuhan ASEAN.
B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah.
E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.

Jawapan – B 

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. Beragama Islam.
B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
C. Keturunan Melayu.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
E. Menjadi warganegara secara masukan.

Jawapan – D 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH :  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markah : 20
Di dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaian masalah-masalah dengan menggunakan :
i. Logik untuk menyelesaikan masalah;
ii. Menginterpretasi Data; dan
iii. Konsep-konsep matematik.
(I) Kebolehan menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.
Di dalam soalan ini calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untukmemberi jawapan yang tepat ataupun untuk jawapan-jawapan yang salah. Calon-calon akan diberi berbagai-bagai masalah. Calon-calon dikehendaki menggunakan segala kepintaran berfikir untuk mencari jawapan.

Contoh Soalan 

1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :
Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.
Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.
Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.
Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.
A. Peguambela.
B. Jururawat.
C. Profesor Ekonomi.
D. Penganggur.
E. Peguambela dan Jururawat.

Jawapan – D 

Penjelasan 
Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.
Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.
Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.
Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.

2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.
Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah

A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.
B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.
D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.
E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.
Jawapan – C 

Penjelasan 
Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidan dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.


(II) Kebolehan Menginterpretasi Data 
Calon akan diberikan beberapa masalah yang menggunakan berbagai perangkaan. Daripada berbagai-bagai perangkaan ini calon dikehendaki menganalisanya untuk meyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Untuk memudahkan calon memberi jawapan, calon-calon adalah digalakkan menggunakan graf, jadual dan sebagainya.

Contoh Soalan 
Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-
Kadar cukai Di Malaysia
0 – 5000 2,500 @ 6% = 150
+ 2,500 @ 9% = 225
5,000 – 7,500 5,000 = 375
+ 2,500 12% = 300
7,500 – 10,000 7,500 = 675
+ 2,500 15% = 375
10,000 – 15,000 10,000 = 1,050
+ 5,000 20% = 1,000
15,000 – 20,000 15,000 = 2,050
+ 5,000 25% = 1,250
20,000 – 25,000 20,000 = 3,350
+ 5,000 30% = 1,500
25,000 – 35,000 25,000 = 4,800
+ 10,000 35% = 3,500
35,000 – 50,000 35,000 = 8,300
+ 15,000 40% = 6,000
50,000 – 75,000 50,000 = 14,300
+ 25,000 45% = 11,250
75,000 – 100,000 75,000 = 22,500
+ 25,000 50% = 12,500

1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah
A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050
Jawapan – B 

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?
A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan – C 

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?
A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan – C 

(III) Menyelesaikan Masalah Dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik.  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon kerana semua calon telah melalui Tingkatan 5. Walaupun ada calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.

Contoh Soalan 
1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
E. 64
Jawapan – A 

Cara mendapatkan jawapan 
Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8×7/2 = 28
1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
E. 37
Jawapan – A 

Cara mendapat jawapan 
90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27


SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan
Contoh soalan:
1. Apakah cadangan anda untuk mengelakkan gejala rasuah dalam pentadbiran kerajaan?
2. Kemelesetan ekonomi menyebabkan penurunan bilangan pelancong ke Malaysia. Apakah cadangan anda untuk menarik kembali pelancong luar untuk datang ke Malaysia?

SEKSYEN E – ESEI BAHASA INGGERIS  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Di dalam seksyen E akan diberi soalan-soalan Bahasa Inggeris yang menggalakkan anda memberi pendapat terhadap sesuatu isu. Misalnya ”Electronic Government in Malaysia”. Di dalam tajuk seperti ini anda hendaklah memberikan pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan anda berkaitan dengan tajuk yang diberi. Objektif utama seksyen ini adalah menguji kebolehan calon-calon di dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Tips Menjawab Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Di bawah ini disampaikan nasihat-nasihat yang perlu diambil ingatan bagi memudahkan anda berjaya di dalam  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam ini.

Soalan Objektif  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)

(a) Anda harus sedar bahawa di dalam peperiksaan ini calon-calon yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada calon-calon dari pelbagai lapangan akademik. Soalan-soalan juga disediakan meliputi seluas-luasnya bidang akademik. Oleh yang demikian memang mungkin ada beberapa soalan yang anda tidak boleh menjawab langsung kerana ia diluar daripada bidang pengkhususan anda sedangkan soalan-soalan itu sesuai kepada calon-calon yang lain yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian jika anda mendapati mana-mana satu soalan yang anda tidak boleh menjawab, jangan membuang masa tetapi hendaklah terus menjawab soalan-soalan yang lain. Apabila masa mengizinkan bolehlah anda kembali kepada soalan itu. Tegasnya, jika anda tidak dapat menjawab mana-mana satu soalan, jangan bimbang kerana memang ada soalan-soalan yang lain yang seharusnya anda boleh menjawabnya kerana ia termasuk di dalam bidang pengajian anda.

(b) Soalan objektif merupakan soalan aneka pilihan di mana 5 jawapan diberi dan anda dikehendaki memilih 1. Adalah ditegaskan di sini iaitu jawapan yang dikehendaki bukanlah sahaja jawapan yang betul tetapi ialah yang paling tepat. Apabila anda membaca buat kali pertama anda mungkin akan menjumpai jawapan yang anda anggap betul daripada 5 pilihan yang diberi. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan membaca dan mengkaji kelima-lima jawapan yang diberi kerana harus diingat bahawa anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memilih jawapan yang betul dan tepat anda mungkin akan dapat mengenalpasti jawapan yang salah. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang anda agak salah, maka pemilihan anda akan berkurangan dan ini akan dapat membantu anda memilih jawapan yang lebih tepat daripada jawapan yang tinggal.

(c) Untuk memilih jawapan anda diberi kertas khas yang disediakan yang akan diproses dengan menggunakan komputer. Adalah ditegaskan bahawa anda hendaklah menggunakan pensil 2B atau BB sahaja. Jika anda menggunakan lain-lain alatulis selain daripada pensil 2B atau BB jawapan anda tidak akan dikira kerana komputer tidak akan menerimanya. Jika anda perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, anda hendaklah menggunakan kertas lain ataupun menggunakan buku soalan yang ada pada anda. Kertas yang disediakan khas untuk jawapan hendaklah digunakan semata-mata untuk jawapan dan tidak boleh digunakan untuk membuat apa-apa tulisan atau catatan yang lain kerana ini akan ditolak oleh komputer dan dengan itu merugikan anda.

Soalan Esei  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a) Bahagian Esei dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi tiap-tiap satu seksyen anda diberi tiga tajuk untuk anda memilih satu.

(b) Masa yang diberi iaitu 1 jam bagi satu esei adalah masa yang agak panjang kerana biasanya di dalam sesuatu peperiksaan anda diberi hanya 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan anda diberi masa yang panjang bukanlah untuk menulis esei yang panjang tetapi anda hendaklah memberi esei yang bernas, teratur, cara persembahan dan susunan yang baik. Esei hendaklah ditulis dengan tulisan yang cantik dan anda digalakkan membuat susunan perenggan yang baik dengan menggunakan tajuk-tajuk kecil dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut logik. Oleh yang demikian anda adalah dinasihatkan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk membuat perancangan, membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum menulis esei ini.

Seksyen F – Sahsiah Diri  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Bahagian ini bertujuan untuk mengukur kesesuaian sahsiah calon untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab dengan jujur, berdasarkan kepada diri. Calon dinasihatkan agar tidak berfikir terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.
Masa : 40 minit
Jumlah Soalan : 200
Contoh Soalan 
1. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
2. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Kesimpulan bagi calon peperiksaan Penguasa Kastam
Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah setinggi-tinggi yang terdaya dalam setiap seksyen terutamanya esei. Jika anda lulus, maka anda mungkin berpeluang untuk dipanggil ke Assessment Centre. Ini bermakna peluang untuk anda dipertimbangkan ke jawatan Penguasa Kastam. adalah lebih baik.

GOOD LUCK!!!!! anda pasti lulus exam ni..SATHUKKKK







No comments: